Tractor pada awalnya bercadang untuk tidak terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadapi Al-Ain jika negara berkenaan meneruskan memboikot penerbangan khas dari Iran.
Ia berikutan konflik global yang melanda menyebabkan beberapa perkara terpaksa bertukar perancangan.
Perjalanan telah menjadi sukar bagi pasukan-pasukan Iran akibat sekatan yang baru-baru ini dikenakan terhadap syarikat-syarikat penerbangan Iran.
Sekiranya keputusan itu berkeras, Tractor berpotensi dibuang daripada kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) atau kelab itu sendiri akan menarik diri. Dan, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pasti menjatuhkan hukuman berat seperti kes Shandong Taishan kerana gagal menghadiri aksi pada 2025.
Namun, berita yang diterima semalam menyaksikan Tractor akan melakukan penerbangan ke UAE susulan UAE telah memberi kebenaran untuk mendarat di Dubai menggunakan Meraj Airlines, terus dari Tabriz.
Latest update on #ACLElite League Stage match between 🇸🇦 Al Nassr Club and 🇦🇪 Al Wasl FC. https://t.co/28elJ5kyll
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 25, 2026
Mereka telah tiba di Lapangan Terbang Dubai pada pagi tadi, kemudian menaiki bas selama 1 jam ke Al-Ain.
Sementara itu, kenyataan terbaru oleh badan induk itu turut memaklumkan perubahan jadual melibatkan pertembungan antara gergasi Arab Saudi, Al-Nassr, bertemu satu lagi kelab UAE, Al-Wasl.
Aksi yang sepatutnya berlangsung malam ini terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Beberapa perlawanan domestik turut ditunda.
Ini disebabkan berlaku kekecohan di Arab Saudi yang mempunyai kaitan serangan peluru berpandu di Riyadh sehingga membahayakan orang awam.
Jadi, jadual Kumpulan B dijangka berubah mengikut keadaan. Bagaimanapun, aksi Kumpulan A tidak akan terjejas dan akan berjalan seperti biasa.
Satu lagi persoalan besar adakah Piala Asia awal tahun hadapan tetap berjalan seperti biasa di Arab Saudi atau turut ditunda?