Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Caputo, Memeti pacu kemenangan Melbourne City atasi JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ACLE

Johor Darul Ta'zim (JDT) terlepas peluang membawa pulang tiga mata selepas tewas 0-2 kepada Melbourne City dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 di Stadium AAMI Park, Melbourne, sebentar tadi.

Anak buah Xisco Munoz bolos seawal minit ketiga permainan selepas tandukan Max Caputo menewaskan Andoni Zubiaurre yang bijak mengambil peluang terhidang daripada situasi sepakan penjuru yang diperolehi pasukan tuan rumah.

Advertisement

Kubu skuad Harimau Selatan kerap kali diserang dalam separuh masa pertama, namun tiada sebarang penambahan jaringan untuk kedudukan kekal 0-1 dalam 45 minit permainan.

Masuk babak kedua pula menyaksikan juara Juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu kembali mendapatkan rentak dan perlawanan kembali seimbang dengan beberapa siri serangan berbahaya dirancang duo berbisa iaitu Jairo dan Bergson.

Namun, pasukan pelawat terpaksa akur tidak dapat menoktahkan beberapa peluang terbaik dengan jaringan untuk menyamakan kedudukan.

Ketika JDT sedang mencari jaringan penyamaan, Medin Memeti yang masuk sebagai pemain gantian menjadi duri dalam daging apabila menjaringkan gol kemenangan buat pasukan tuan rumah dalam minit kecederaan sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tempat kedua dalam carta ACLE dengan sembilan mata.

 

Must Watch Video