Tiada wakil Asia Tenggara (ASEAN).
Juara Liga Thailand, Buriram United, terpaksa mengikuti langkah Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tewas kepada kelab dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) malam tadi.
Advertisement
Shabab Al-Ahli harus menunggu sehingga masa tambahan bagi memperoleh kemenangan ke atas Thunder Castle selepas waktu sebenar tamat dengan kedudukan seri 2-2.
Peter Zulj tidak sengaja tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-13 sebelum gergasi Dubai itu menggandakan kelebihan 2-0 menerusi Saeed Ezatolahi pada babak kedua.
πππ§ | πΉπ Buriram United 2οΈβ£-3οΈβ£ Shabab Al Ahli π¦πͺ
Shabab Al Ahli hold Buriram at bay in a thrilling contest to secure the win and book their place in the semi-finals!#ACLElite | #BURvSAH pic.twitter.com/oHElRz9uUzβ #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) April 18, 2026
Tanpa menyerah kalah, jaguh Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee itu mula membuka tirai jaringan melalui Guilherme Bissoli yang menyempurnakan penalti untuk merapatkan jurang kedudukan.
Peter Zulj kembali membalas kritikan apabila gelecekannya berjaya mengatasi pertahanan Shabab Al-Ahli, sekali gus melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol untuk mengikat keputusan semasa.
Memasuki masa tambahan, pihak lawan pantas mendahului semula 3-2 susulan kelonggaran sistem komunikasi pertahanan Buriram United yang akhirnya berputih mata kempunan mara ke separuh akhir.