Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: ‘Bukan kemenangan yang cantik, tapi kami lolos’ -- Al-Ahli utamakan kemaraan dalam misi pertahan gelaran

ACLE: ‘Bukan kemenangan yang cantik, tapi kami lolos’ -- Al-Ahli utamakan kemaraan dalam misi pertahan gelaran

Pengendali Al-Ahli, Matthias Jaissle dan tonggak tengah, Franck Kessie, sepakat bahawa keputusan lebih penting daripada gaya permainan selepas mereka mengesahkan tempat ke separuh akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Kemenangan 2-1 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi suku akhir bukan hadir dengan mudah, malah dipenuhi drama dan tekanan tinggi sepanjang perlawanan.

Advertisement

Jaissle menegaskan bahawa dalam kejohanan besar seperti ACL Elite, keutamaan utama adalah untuk mara ke pusingan seterusnya -- bukan semata-mata memperagakan permainan menarik.

“Kami mara ke pusingan berikutnya di sebalik perlawanan yang sengit. Bukan mudah selepas layangan kad merah tetapi para pemain menampilkan mentaliti yang cukup dan penyokong pula memberikan suntikan semangat kepada pasukan.

“Sehingga layangan kad merah, kami tidak bermain dengan baik. Kami berdepan kesukaran menembusi JDT yang menampilkan lima pemain pertahanan dan ia bukan mudah," katanya.

Must Watch Video