Tular di media sosial menyaksikan bas pemain dan kejurulatihan Johor Darul Ta'zim (JDT) berasap sebelum perlawanan terakhir Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.
Kelihatan pengangkutan rasmi pasukan itu terbakar di bahagian bumbung dengan beberapa orang pantas memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api.
Advertisement
Namun, punca kepada kejadian tersebut belum diketahui sepenuhnya.
Perkongsian di media sosial itu mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan, sekali gus merekodkan lebih 40,000 tontonan.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) February 17, 2026
Harimau Selatan sekali lagi berjaya mara ke pusingan 16 selepas menumbangkang gergasi Jepun itu 1-0 menerusi jaringan Marcos Guilherme.