Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Al-Ahli doakan keselamatan Jairo

Ahli

Juara bertahan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Al-Ahli, mengirimkan doa buat penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Jairo da Silva, selepas mengalami kecederaan serius akibat sepakan daripada gerakan akrobatik pemain mereka sendiri, Ali Majrashi.

"Kami mendoakan agar Jairo cepat sembuh.

Advertisement

"Kami berharap dapat melihatnya kembali ke padang tidak lama lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Ali Majrashi kemudian dilayangkan kad merah untuk Al Ahli terpaksa beraksi dengan 10 pemain bagi baki permainan.

Bintang kelahiran Brazil itu kini sedang berada dalam Unit Rawatan Rapi dan dilaporkan stabil di sebuah hospital di Jeddah.

Meskipun kekurangan pemain, namun jaringan Franck Kessie dan Galena memastikan tuan rumah meneruskan kemaraan ke separuh akhir menamatkan perjuangan Harimau Selatan.

Dalam masa sama, Al-Ahli turut kagum dengan persembahan keseluruhan juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu apabila memberikan saingan setimpal buat mereka dalam ACLE musim ini.

"Juga, tahniah kepada Jairo dan pasukan atas prestasi cemerlang dalam ACLE.

Malah, sosial media juga menyaksikan rata-rata media antarabangsa turut bersimpati dan mendoakan kesejahteraan Jairo pada masa akan datang. 

Must Watch Video