Selangor akan melengkapkan perlawanan terakhir Kumpulan G Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila bertemu Lion City Sailors (LCS) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
Umum mengetahui bahawa Gergasi Merah sudah tersingkir daripada kempen edisi kali ini selepas menduduki tempat terakhir dengan tidak mengutip sebarang kemenangan.
Skuad kendalian Christophe Gamel akan menghadapi juara bertahan merangkap wakil Singapura sebagai aksi terakhir susulan tidak berjaya mara ke pusingans seterusnya.
Untuk rekod, naib juara Liga Super musim lalu itu merekodkan kekalahan 2-4 kepada LCS dalam perlawanan terdahulu.