Selangor masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Kumpulan G kancah Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim ini.
Peluang Gergasi Merah untuk mara ke pusingan seterusnya sudah tertutup susulan tewas dalam ke semua empat aksi sebelum ini. Lebih mengecewakan, skuad kendalian Christophe Gamel itu tidak berjaya mengutip sebarang mata, sekali gus menghuni tempat terakhir dalam edisi kali ini.
Advertisement
Naib juara Liga Super musim lalu itu akan bertandang ke tempat lawan bagi bertemu gergasi Thailand, Bangkok United, esok.
Untuk rekod, pertemuan terakhir menyaksikan Bangkok United mudah menewaskan Selangor 4-2. Mampukah Selangor membalas dendam?
ACL2: SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) BANGKOK UNITED VS SELANGOR
Tarikh: 26 November 2025
Saluran: Astro Arena Bola (803)
Lokasi: BG Stadium, Thailand
Masa: Bermula 8.15 malam
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!

Sepak Padu Dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!