Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Nizaruddin percaya Aidil Sharin bakal pertaruh skuad terbaik gempur Gangwon

lk
Advertisement

Pemerhati bola sepak tempatan, Nizaruddin Yusof, percaya Kuching City mampu untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata ketika berdepan kelab dari Korea Selatan, Gangwon, dalam aksi ketiga Kumpulan H, Liga Juara-Juara Asia (ACL2) esok.

Nizaruddin menyifatkan tugas sukar menanti The Cats tatkala Gangwon bakal turun dengan misi sama iaitu buru kemenangan sulung dalam kempen ACL2 musim ini.

Advertisement

Penyerang Harimau Malaya itu berkongsikan penting untuk anak buah Aidil Sharin Sahak mencatat keputusan positif dalam usaha kekal berada dalam kelompok dua pasukan terbaik peringkat kumpulan.

Nizaruddin turut berharap konsistensi persembahan beberapa tonggak utama Kuching City antaranya Haziq Nazli, Ramadan Saifullah, Petrus Shitembi, James Okwuosa, Joao Pedro serta Yuki Tanigawa mampu dijelmakan ketika beraksi di Stadium Gangneung nanti.

Advertisement

Untuk rekod, selepas mengharungi dua perlawanan, Kuching City berada di kedudukan ketiga Kumpulan H dengan mengutip satu mata hasil satu keputusan seri serta satu kali tewas.

 

 

 

"Peluang itu ada untuk berdepan kelab Korea Selatan, tetapi jurulatih perlu melihat pemain yang berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan.

"Penggiliran pemain itu memang perlu, dengan prestasi kurang baik mungkin jurulatih memerlukan solusi terbaik.

"Saya pasti nama-nama seperti Joao Pedro, Ramadan termasuk Haziq perlu ada dalam pasukan, kerana mereka bermain dengan baik dalam aksi terakhir meskipun tewas.

"Saya yakin jurulatih akan menyediakan pemain terbaik untuk memberikan saingan." katanya.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video