Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Gol minit akhir Chrigor Moraes bantu Selangor ikat Bangkok United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor

Selangor meraih satu mata berharga di tempat lawan selepas mengikat Bangkok United 1-1 dalam perlawanan kelima, Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Stadium Pathum Thani, sebentar tadi.

Separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah lebih dominan dalam mengatur serangan, namun benteng pertahanan The Red Giants diketuai Kalamullah Al-Hafiz lebih berdisiplin untuk menafikan peluang pasukan lawan dan menutup babak pertama tanpa sebarang jaringan.

Advertisement

Babak kedua pula menyaksikan serangan balas yang dilancarkan Bangkok pada minit ke-51 membuahkan hasil selepas rembatan Rungrath Poomchantuek dalam ruangan yang sempit untuk memastikan gol pembukaan buat skuad Bangkok Angels itu di laman sendiri.

 

 

 

Percaturan Christophe Gamel yang membawa masuk tenaga baru seperti Harry Danish, Quentin Cheng dan Chrigor Moraes membuahkan hasil.

Meskipun Selangor terpaksa menunggu lama, hantaran penting yang dilakukan Aliff Izwan Yuslan disempurnakan Chrigor untuk jaringan penyamaan Selangor dalam lewat permainan.

Keputusan itu menyaksikan pasukan dari Lembah Klang itu mengutip mata pertama selepas lima perlawanan dalam kempen ACL2.

 

Must Watch Video