Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Gila, kejutan besar! Kali pertama dalam sejarah negara tewaskan kelab Korea Selatan di tempat lawan

Persib

Pasukan kedua tewaskan gergasi Korea Selatan selepas 30 tahun, tetapi menjadi pasukan pertama melakar sensasi menang di sana.

Jaguh Indonesia, Persib Bandung, mencipta kejutan apabila menjadi pasukan pertama dalam sejarah dari negara itu berjaya menewaskan wakil Korea Selatan di tempat lawan!

Selaku wakil tunggal Indonesia dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), Persib Bandung meraih kemenangan memukau 1-0 ke atas tuan rumah, FC Seoul, menerusi jaringan Julio Cesar pada minit kelima perlawanan.

Satu penanda aras baharu menyaksikan Pangeran Biru menjadi satu-satunya kelab Indonesia mengukir pencapaian sensasi itu di pentas Asia.

Seoul melakukan tekanan sehingga minit-minit akhir permainan untuk mencari gol penyamaan tetapi gagal memecah kebuntuan.

Untuk rekod, bekas bintang Selangor, Yazan Al-Arab, diturunkan bagi membantu Seoul, namun gagal mengekang pelawat.

Terdahulu, PSM menundukkan Pohang pada 1996 di tempat sendiri.

Kejayaan juara liga domestik tiga kali berturut-turut itu sekali gus menghuni tempat pertama Kumpulan E setakat ini dengan tiga mata.

 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement