Selangor akan meneruskan saingan Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini bertemu jaguh Vietnam, Cong An Ha Noi (CAHN), di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Rabu ini.
Gergasi Merah dalam landasan terbaik untuk mara ke pusingan kalah mati tatkala berada di tempat kedua kumpulan, namun cabaran besar menanti apabila bertemu naib juara edisi lalu itu di tempat sendiri.
Advertisement
Ujian pertama jurulatih baru, Kim Pan-gon, di peringkat Asia Tenggara (ASEAN) bagi menguji kemampuan menewaskan CAHN untuk terus mengukuhkan kedudukan di peringkat kumpulan.
SIARAN LANGSUNG (LIVE STREAMING) ACC SHOPEE CUP: SELANGOR VS CAHN
Tarikh: 28 Januari 2026 (Rabu)
Saluran: Astro Arena Bola 803
Venue: Stadium MBPJ
Masa: Bermula 8.30 malam
Anda juga boleh strim menerusi Astro Go atau Sooka dan maklumat terkini di Stadium Astro!