Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Selangor sudah sedia kerah kudrat habis-habisan

j

Kapten Selangor, Faisal Halim, menuntut pasukannya untuk berjuang habis-habisan bagi menyekat hasrat Buriram United mempertahankan gelaran kejuaraan Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee, malam ini.

Sedar tugas berat menanti Gergasi Merah dalam aksi final kedua di Thailand, pemain itu percaya peluang masih terbuka luas tetapi barisan kendalian Kim Pan-gon tersebut dituntut untuk berada dalam keadaan terbaik sama ada daripada segi mental mahupun fizikal.

Tonggak Harimau Malaya itu menggesa Gergasi Merah agar kekal fokus sepanjang perlawanan di samping tidak melakukan sebarang kesilapan yang bakal merugikan pasukan.

"Jurang perlawanan ini masih kecil dengan kami hanya ketinggalan satu gol.

"Ini adalah perlawanan terakhir musim ini, kami ke mari dengan tiada apa yang perlu dipertaruhkan.

"Kami masih ada 90 minit dan mungkin 120 minit jadi kami tidak boleh ulangi kesilapan serupa.

"kami perlu tampilkan aksi terbaik dan curahkan segala kudrat," katanya.

Sementara itu di kem tuan rumah, kapten Buriram, Kenneth Dougall, enggan lagi situasi final tahun lalu berulang dalam pertemuan ini.

Buriram dipaksa bekerja keras ketika berdepan wakil kelab dari Vietnam, Chong An Hanoi, sebelum muncul juara musim lalu menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti 3-2.

"Kami berkeyakinan tinggi untuk melangkah ke final kedua ini.

"Memang kami kelebihan tapi berpandukan perlawanan di peringkat separuh akhir, jelas sekali ia bukan satu kelebihan jadi kami perlu berikan tumpuan penuh.

"Di kelab ini, kami perlu memenuhi jangkaan untuk memenangi trofi biarpun kami sedar ia bukan satu tugas mudah.

"Perlawanan akhir tahun lalu cukup dramatik dan jaringan saat akhir itu antara gol tercantik pernah saya saksikan tetapi esok, saya mengharapkan tiada lagi drama berlaku," katanya pula. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video