Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: JDT kelab terbaik ASEAN, kami akan cuba yang terbaik, kata jurulatih Shan United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ACC Shopee Cup

Ketua jurulatih Shan United, Han Win Aung, menghormati Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pasukan handalan dalam ACC Shopee Cup, petang esok.

Meskipun kelab Myanmar itu terperosok dalam Kumpulan B dan perjuangan esok sekadar menjadi pelengkap jadual, namun Win Aung menuntut anak buahnya agar berjiwa besar tatkala membawa reputasi tanpa kalah selepas 14 perlawanan Liga Kebangsaan Myanmar.

Advertisement

Namun, senario itu jauh berbeza apabila gawang mereka sudah dirobek sembilan kali dalam tiga perlawanan.

"JDT kelab terbaik ASEAN, kami akan buat yang terbaik.

 

 

 

 

"Ia satu perlawanan yang berbeza berbanding kancah domestik.

"Kami tiada peluang untuk ke pusingan seterusnya, kami cuma mahu keputusan yang baik dalam perlawanan esok," katanya dalam sidang akbar sebentar tadi. 
 

Topik Berkaitan

Must Watch Video