Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Buriram United masih ada misi besar, bangga kekalkan reputasi juara Asia Tenggara

j

Penjaga gol utama Buriram United, Neil Etheridge, mendedikasikan kejayaan pasukannya di pentas Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini kepada seluruh penyokong setia mereka.

Bagi pemain berpengalaman berusia 36 tahun itu, dia dan rakan sepasukan tidak boleh meraikan kejayaan menewaskan Selangor terlalu lama memandangkan skuad The Thunder Castle tersebut bakal menghadapi final Piala FA Thailand berdepan PT Prachuap, Ahad ini.

Justeru, dia percaya skuad kendalian Mark Jackson itu akan terus muncul sebagai sebuah pasukan yang disegani, bukan sahaja di rantau Asia Tenggara malah Asia.

"Saya tidak berikan aksi terbaik ketika melepaskan gol memandangkan tahap permainan saya sepatutnya lebih tinggi.

"Saya pantas melupakannya dan pengalaman membantu saya untuk mematahkan beberapa serang berbahaya (Selangor) selain jaringan yang dihasilkan membuktikan tahap sebenar permainan saya.

"Kami layak ke tiga final dan satu separuh akhir musim ini, inilah tahap yang kami sepatutnya berada. Saya bangga dapat mengekalkan kejuaraan liga dan Piala Shopee yang menjadi keutamaan kami.

"Kami akan menghadapi satu lagi perlawanan akhir hujung minggu ini iaitu Piala FA," katanya selepas perlawanan. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video