Kurang 24 jam sebelum saingan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) membuka tirainya di Tagaytay, Filipina, skuad endurance negara yang diketuai jurulatih, Amir Mustafa kini dalam fasa akhir persiapan.
Mereka sempat melalui latihan altitud tinggi di Kunming, China, yang sedikit sebanyak menunjukkan peningkatan ketara daripada segi data prestasi anak buahnya.
Advertisement
Nama seperti Lau New Joe, Yeong Zhen Yi dan Aisyah Zubir, menjadi sandaran buat kem berbasikal trek endurance negara untuk menggegar ACC kali ini.
"Persiapan kami di Melmbourne dan Kunming berjalan lancar.
"Kemudahan di sana menawarkan pakej lengkap dan sempurna.
"Setakat ini pelumba juga tampak sudah bersedia untuk bertanding dalam ACC," katanya di Nadi Arena.