Susulan penyenaraian atlet E-Sukan (Sukan Elektronik) negara dalam program podium menandakan pengiktirafan rasmi terhadap potensi sukan digital di peringkat prestasi tinggi.
Majoriti pemain industri menyambut baik dengan langkah proaktif tersebut memandangkan temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya bermula September depan bakal mempertandingkan 11 acara bagi kategori E-Sukan.
Advertisement
Salah satu judul permainan E-Sukan yang disasarkan untuk mencipta impak dalam temasya itu, E-Football berpeluang cerah untuk berada di kedudukan podium.
E-Football merupakan permainan bola sepak yang bakal dipertandingkan buat julung kalinya di temasya utama dengan skuad negara memiliki bakat terbaik di rantau ini.
Selain E-Football, kem negara turut bergantung harap terhadap judul permainan Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) dan PUBG Mobile untuk meraih pingat di Sukan Asia Aichi-Nagoya.
"Satu perkembangan menarik kerana Program Podium ini untuk sukan berprestasi tinggi, atlet berprestasi tinggi.
"Jadi ini satu pengiktirafan juga buat E-Sukan, tidak kita dalam kategori apa, ini satu inisiatif baik dan diharap akan terus berkembang." kata jurulatih pengurus skuad FAM E-Rimau,Shaharil Shaifuddin Shaharuddin.