Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Aberdeen sah pecat khidmat Jimmy Thelin selaku pengurus

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Aberdeen sah pecat khidmat Jimmy Thelin selaku pengurus

Selepas lebih setahun memegang tampuk kepimpinan pengurusan Aberdeen, Jimmy Thelin sah dilucukan jawatan selaku pengurus pasukan susulan prestasi kurang konsisten Aberdeen yang sekadar mencatat 3 kemenangan dalam 10 perlawanan liga - satu rekod yang agak membimbangkan pihak pengurusan.

Dengan situasi pasukan yang kini menghuni kedudukan kelapan liga dengan rentetan 5 kekalahan - Thelin menerima keputusan pengurusan dengan hati yang terbuka selain mengambil sepenuhnya tanggungjawab di atas prestasi hambar dialami Aberdeen.

Advertisement

Di awal kemunculan Thelin bersama pasukan, pengendali kelahiran Sweden ini seakan membawa sinar harapan buat 'The Dons' susulan kejayaan membantu pasukan menjulang Piala Scotland pada mei tahun lalu -- namun situasi itu seakan berubah 360 darjah apabila mereka meniti perjalanan kurang konsisten dengan deretan keputusan mengejutkan direkodkan sejak awal disember.

Kini pasukan dikendalikan pengurus sementara, Peter Leven yang bakal memulakan tugas pada selasa menerusi kunjungan Aberdeen ke laman Rangers.

Must Watch Video