Skip to main content

Badminton

Aaron Tai-Kang Khai Xing mampu capai no.1 dunia, kata bekas jaguh beregu kebangsaan

j

Pemenang pingat gangsa beregu lelaki Kejohanan Dunia 2009, Hyderabad, Fairuzizuan Tazari, menaruh keyakinan kepada ubi muda Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Aaron Tai-Kang Khai Xing, muncul sebagai beregu lelaki terbaik negara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Menurutnya, persefahaman dan corak permainan unik yang ditampilkan gandingan ini adalah kunci kejayaannya menewaskan nama-nama besar beregu terbaik dunia.

Langkah mereka dalam Terbuka Singapura kali ini terus menjadi petunjuk jelas bahawa pasangan muda negara ini berada dalam radar untuk melakar kemenangan demi kemenangan.

Mana tidaknya -- mereka mengejutkan pasangan berpengalaman, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong, dalam pusingan pertama sebelum aksi menggemparkan menewaskan gandingan ranking ketujuh dunia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani, di peringkat seterusnya sebelum tunduk kepada beregu lelaki keempat dunia dari India, ???, semalam.

Dalam masa sama, Fairuzizuan turut terbuka untuk kembali mencurahkan khidmatnya untuk BAM sekiranya diperlukan kerana percaya dapat membimbing pemain negara demi mencapai impian mereka.

Bagaimanapun, dia memilih untuk berada dalam barisan kejurulatihan sektor beregu lelaki memandangkan ia merupakan forte atau kepakarannya ketika bermain.

"Mereka saling menggunakan kelebihan masing-masing.

"Memang mereka banyak melancarkan serangan tapi tak berapa kuat lagi atas sebab fizikal mereka tidak berapa besar lagi, belum matang lagi.

"Tapi keserasian dan peralihan posisi mereka menyukarkan pihak lawan.

"Dan kalau mereka mempunyai lebih banyak pengalaman, mungkin mereka akan merampas puncak dunia selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik," katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Related Topics

Must Watch Video