Pelari pecut kelahiran Amerika Syarikat, Kenny Bednarek, mengungguli acara 100m (meter) lelaki dengan catatan masa 9.85s (saat) dalam World Athletics Ultimate Championship di Budapest awal pagi tadi.
Catatan itu merupakan rekod terbaik buatnya musim ini sekali gus mengatasi pencabar terdekat dari Jamaica, Oblique Seville (9.90) dan rakan senegara, Ronnie Baker (9.93) melengkapkan senarai podium.
KUNG FU KENNY 😎
Kenny Bednarek storms to 9.85 over 100m to win his first global title in dominant style ❗️#WorldAthleticsUltimate pic.twitter.com/8mTNCVRQiq— World Athletics (@WorldAthletics) September 12, 2026
Kenny pernah memenangi dua pingat perak di temasya Sukan Olimpik menerusi acara 200m dalam edisi di Tokyo 2020 dan Paris 2024, selain antara pelari terpantas degan memegang catatan 19.62s bagi acara 200m.
"Sangat bermakna buat saya dapat bergelar juara dengan pesaing yang hebat, saya sangat berasa lega selepas hanya meraih pingat perak dalam beberapa tahun kebelakangan ini." katanya.