Kejohanan ini bukan sekadar pertandingan bina badan biasa.
- 894 PENYERTAAN – SATU SEJARAH
Tahun ini kami telah menerima 894 penyertaan, satu angka yang sangat besar bagi kejohanan bina badan dan kecergasan di Malaysia. - KALI KE-3 MALAYSIAN BOOK OF RECORDS
Ini juga merupakan kali ketiga penganjuran kami melibatkan pencapaian/pengiktirafan Malaysia Book of Records, menunjukkan perkembangan kejohanan ini dari tahun ke tahun. - KATEGORI KHAS BADAN BERUNIFORM
Kami antara yang memperkenalkan kategori khas untuk anggota badan beruniform seperti PDRM, ATM, Bomba, Penjara, Kastam, Imigresen dan agensi lain.
- CLEAN SPORT – EDUCATION COMES FIRST
Kelab Bina Badan Enrich sangat menitikberatkan sukan yang bersih dan selamat.
Sebab itu sebelum kejohanan, kami turut menganjurkan kursus pendidikan anti-doping dengan kerjasama ADAMAS, khususnya untuk memberi pengetahuan kepada atlet muda dan mereka yang baru menceburi sukan ini.
- KATEGORI FIRST TIMER
Kami memperkenalkan kategori First Timer khas untuk mereka yang pertama kali bertanding.
Ramai sebenarnya berminat dengan bodybuilding tetapi takut untuk naik pentas kerana merasakan mereka perlu terus berlawan dengan atlet berpengalaman atau bekas juara.
Melalui First Timer, orang baru bertanding dengan orang baru. Ini memberi mereka keyakinan, pengalaman pertama dan peluang untuk berkembang.
- MEMBUKA PELUANG KEPADA GENERASI BARU
Matlamat kami bukan sekadar mencari juara. Kami mahu melahirkan lebih ramai atlet baru dan menjadikan pertandingan sebagai satu platform pembangunan sukan. - BODYBUILDING BUKAN SEKADAR BADAN BESAR
Kami mahu masyarakat memahami bahawa sukan bina badan melibatkan disiplin, pemakanan, latihan berbulan-bulan, pengurusan berat badan, kekuatan mental, masa, kewangan serta pengorbanan keluarga dan kerjaya. - MEMBINA IMEJ BARU SUKAN BINA BADAN
Kami mahu mengubah persepsi bahawa bodybuilding hanya berkaitan badan berotot atau penggunaan bahan terlarang. - PLATFORM UNTUK ATLET MENDAPAT PENGIKTIRAFAN
Ramai atlet bina badan berlatih bertahun-tahun dan berbelanja menggunakan wang sendiri tetapi kurang mendapat exposure.
Melalui kejohanan ini, pengiktirafan dan peluang untuk dikenali oleh masyarakat, media serta bakal penaja.
- MEMBINA KOMUNITI, BUKAN SEKADAR MENGANJURKAN COMPETITION
Objektif akhirnya adalah untuk membina satu ekosistem yang melibatkan atlet, jurulatih, keluarga, badan kerajaan, badan beruniform, penaja, industri kecergasan dan masyarakat.
Bukan semata-mata untuk mempromosikan Mr. Enrich On The Go 2026, tetapi untuk memberi peluang bagi mempromosikan SUKAN BINA BADAN itu sendiri.