Racing Boy terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan sukan permotoran tempatan menerusi penganjuran sulung RCB Track Day di Litar Horizon Beranang, semalam.
Seramai 80 penunggang daripada pelbagai latar belakang dan tahap pengalaman dihimpunkan untuk menyahut peluang merasai sendiri pengalaman menunggang di litar dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.
Selain itu mereka juga boleh meningkatkan kemahiran melalui sesi bimbingan khas yang dikendalikan bekas pelumba negara, Ibrahim Norrodin, dengan kehadiran dua pelumba Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) negara, Kasma Daniel Kasmayudin dan Naziirul Izzat dilihat memeriahkan lagi suasana.

Menurut Kasma yang juga juara Asia SS600 2025 melihat program itu bukan sekadar memberikan keterujaan kepada para peserta, sekali gus menjadikannya sebagai platform terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan antara komuniti sukan permotoran.
"Ini antara yang mencatat kehadiran paling ramai di Beranang. Macam jenis motosikal dapat ditemui di sini," katanya.