Skip to main content

Berita Sukan Am

55 sekolah sertai Klinik 1 Murid 1 Sukan, perkasa bakat muda dalam sukan tarian di Kuala Lumpur

55 sekolah sertai Klinik 1 Murid 1 Sukan, perkasa bakat muda dalam sukan tarian di Kuala Lumpur

Seramai 460 murid daripada 55 sekolah rendah dan menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyertai Klinik 1 Murid 1 Sukan yang memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi dalam sukan tarian.

Program ini bertujuan memperkukuh bakat muda melalui latihan asas, teknikal dan pendedahan awal dalam sukan tarian kompetitif, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa hadapan.

Fasa 2 bagi tahun 2026 berlangsung pada 30 Jun hingga 1 Julai di SJKC Kepong 2, dengan penglibatan aktif murid daripada pelbagai latar belakang sekolah di ibu negara.

Menurut Naib Presiden Persatuan Dancesport Malaysia, Chua Zjen Fong, program ini memberi fokus kepada pembangunan menyeluruh termasuk teknik asas, koreografi serta latihan persembahan bagi meningkatkan keyakinan dan kemahiran peserta.

Program anjuran Persatuan Sukan Tarian Kuala Lumpur (KLDSA) bersama My Dancesport Academy (MDA) itu turut dikendalikan oleh 35 jurulatih berpengalaman yang membimbing peserta sepanjang klinik berlangsung.

Sejak diperkenalkan pada 2025, inisiatif ini telah memberi manfaat kepada hampir 1,000 murid, menjadikannya antara program pembangunan akar umbi sukan tarian terbesar yang dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.

Penganjur menyasarkan lebih banyak penyertaan pada masa akan datang bagi memastikan sukan tarian terus berkembang sebagai salah satu platform pembangunan bakat muda yang berpotensi di peringkat negeri dan kebangsaan.

Majlis penutupan program turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Muslim Mustapa, yang menyokong usaha memperluaskan pendedahan sukan kepada murid sekolah melalui program berstruktur seperti ini.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

adidas Football Germany 26 Home Pre Match Jersey Men Black JZ4577

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Related Topics

Must Watch Video