Malaysia kini menghitung hari dengan berbaki 99 hari lagi menjelang Kejohanan Bina Badan Asia ke-58.
Pemilihan Malaysia sebagai tuan rumah membuktikan keyakinan badan induk dunia terhadap kemampuan negara dari segi penganjuran, potensi serta hospitaliti.
Advertisement
Presiden Persekutuan Bina Badan Dunia, Datuk Paul Chua, percaya Malaysia dipilih kerana layak dan diyakini mampu menganjur kejohanan itu dengan cemerlang -- malah, wujud juga nilai sentimental tersendiri buat dirinya memandangkan ibunya merupakan rakyat Malaysia sekali gus menjadikan negara ini lebih dekat di hatinya.
"Ibu saya dari Melaka, Malaysia merupakan tanah air saya dan juga rumah kedua buat saya, saya yakin negara ini mampu menganjurkan kejohanan dengan lancar dan yang saya boleh katakan adalah Malaysia sangat lengkap dari pelbagai aspek" katanya kepada wartawan Astro Arena.
Sebanyak 31 negara telah disahkan akan bertanding, namun tiga negara masih belum mengesahkan penyertaan termasuk Iran yang terkesan dengan krisis asia barat.
"Kami sasar 40 negara akan menyertai dan sehingga kini 31 negara telah setuju dan atlet yang sah menyertai seramai 380 orang, kami sedang menunggu pengesahan dari asia barat untuk melengkapkan penyertaan 40 buah negara." kata Pengerusi JK Penganjur ABPF.