Setakat tiga jam lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah mengumpul RM361,848 bagi Larian Kesyukuran dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Laman Maharani, Muar.
Dengan jarak sejauh 170 kilometer (km) itu menyaksikan 1km Syed Saddiq memperoleh kira-kira RM2,128.
Ia, sekali gus menyaksikan Syed Saddiq telah melepasi sasaran awal sebanyak RM200,000.
Menurutnya, dana yang dikumpulkan akan digunakan untuk membeli iPad bagi membantu mahasiswa yang memerlukan, selain menyediakan bakul makanan kepada keluarga kurang berkemampuan.