Skip to main content

Golf

116 pemain, juara bertahan 2025 hangatkan Selangor International Junior Golf Championship edisi kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

golf

Pengarah Kejohanan Selangor International Junior Golf Championship 2026 (SIJGC) edisi kelima, Azemi Jusoh, berharap saingan hebat dapat diberikan kepada juara bertahan dari Jepun bagi kategori berpasukan lelaki dan perempuan, sekali gus menjadikan kejohanan ini medan penting melahirkan bakat golf muda bertaraf antarabangsa.

Pertama kali diberikan amanah menggalas tanggungjawab itu, Azemi turut berkongsi keterujaan untuk menyaksikan prestasi cemerlang daripada semua peserta.

Advertisement

"Kami menjangkakan penyertaan seramai 116 pemain pada minggu ini daripada pelbagai negara. Juara bertahan daripada Korea Selatan, Jung Ji-won, kembali selepas beraksi dengan baik sebelum ini.

 

 

 

"Untuk kategori wanita, ada pemain daripada Vietnam, untuk berpasukan ada pasukan dari Jepun, mereka akan berada di sini nanti," katanya.

Dalam perkembangan sama, juara Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) B-18 2025, Declan Ooi, kembali beraksi buat kali keempat dengan sasaran menembusi kelompok 20 terbaik  keseluruhan secara individu,  selain empat terbaik berpasukan.

"Sangat baik untuk pasukan dapat berada di kedudukan kelimat atau lebih baik, bagi saya sasaran adalah untuk fokus akan proses dan tidak terlalu memikirkan keputusan." tambahnya.

Kejohanan itu akan membuka tirai pada 4 hingga 7 Februari 2026 dan Golf Selangor Masters 2026 pada 11 hingga 14 Februari 2026 di Kelab Golf Seri Selangor. 

 

Must Watch Video