Skip to main content

Triatlon

113 Series Putrajaya 2026 - Medan atlet dan komuniti bersatu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

triathlon

Putrajaya bakal sekali lagi menjadi tumpuan komuniti sukan ketahanan apabila 113 Series Putrajaya kembali berlangsung 8 Februari ini. 

Acara ini terus menjadi antara perlumbaan triatlon paling dinanti dalam kalendar tempatan, dengan laluan tasik dan jalan raya Putrajaya yang mencabar tetapi ikonik.

Advertisement

Dikenali sebagai acara triatlon jarak sederhana, 113 Series menghimpunkan tiga disiplin utama — berenang, berbasikal dan berlari dalam satu hari yang panjang dan mencabar. Laluan sekitar Putrajaya yang terkenal dengan tasik luas dan jalan raya terbuka menjadikan acara ini antara yang paling digemari, tetapi juga paling menguji, terutamanya dengan cuaca tempatan yang tidak menentu.

Untuk edisi kali ini, 113 Series menawarkan beberapa kategori utama bagi memberi ruang kepada pelbagai tahap peserta. Antara kategori yang dipertandingkan ialah 113 Individual, 113 Relay, Sprint Distance, serta Team Relay, membolehkan peserta memilih cabaran mengikut kemampuan dan pengalaman masing-masing.

Menariknya, 113 Series bukan hanya untuk atlet elit. Ia turut menjadi platform kepada atlet amatur, debutan dan komuniti kecergasan untuk mencabar diri ke tahap seterusnya. Dengan penyertaan yang dijangka meriah dan sokongan komuniti sukan yang semakin berkembang, 113 Series Putrajaya sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia terus menjadi destinasi penting dalam kalendar sukan ketahanan.

Must Watch Video