Skip to main content

Olahraga

10.36s! Danish Iftikhar raja pecut SUKIPT

dd

Raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, Danish Iftikhar Muhammad Roslee, menepati ramalan apabila mengulangi podium utama bagi acara 100m (meter) di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) hari ini.

Danish ternyata unggul dengan menguasai keseluruhan 100m sehingga di 50 meter akhir dan ternyata anak jati Johor ini tidak diberikan cabaran yang hebat.

Dengan kelebihan daripada segi fizikal dan ketinggian 182 sentimeter, Danish memiliki kriteria penting untuk kini bergelar raja pecut SUKIPT yang baru.

Catatan 10.36s (saat) mengatasi rekod kejohanan yang diperbaharui Danish ketika sesi saringan semalam iaitu 10.44s.

Kedudukan kedua milik Muhammad Airiel Iskandar Rusli dari Politeknik Malaysia dan ketiga memihak Ahmad Amir Aiman Kamaruddin mewakili Universiti Putra Malaysia (UPM).

Konsistensi Danish dalam dua hari berturut turut  bagi acara 100m meletakkan pelari kebangsaan ini di kedudukan berbeza dengan pencabar lain.

"Tiada apa apa panduan, cuma percaya pada rezeki Allah, jaga pemakanan, jalani pemulihan.

"Bagi saya, saya tidak rasa ia merugikan kerana saya dan pasukan saya sudah lakukan yang terbaik selain pecahkan rekod peribadi jadi ia sudah cukup buat kami." katanya.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement