Skip to main content

Berita Sukan Am

100PLUS, MSN dan YAKEB santuni 10 atlet sempena sambutan Deepavali 2026

100PLUS, MSN dan YAKEB santuni 10 atlet sempena sambutan Deepavali 2026
Advertisement

Semangat kebersamaan dan keprihatinan terhadap kebajikan atlet terus menjadi keutamaan apabila pengeluar minuman isotonik nombor satu negara, 100PLUS dengan kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyampaikan sumbangan kepada 10 atlet dan bekas atlet beragama Hindu sempena sambutan Deepavali 2026.

Inisiatif berkenaan melibatkan empat atlet semasa dan enam bekas atlet daripada pelbagai cabang sukan sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan serta pengorbanan mereka sepanjang bergelar atlet.

Ketua Pengarah MSN, Ariffin Mohd Ghani berkata, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha MSN, 100PLUS dan YAKEB untuk terus mendekati atlet dan bekas atlet, khususnya dalam meraikan perayaan keagamaan mereka.

“Bersama sama 100PLUS, MSN dan YAKEB telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada atlet dan bekas atlet beragama Hindu sempena sambutan Deepavali yang akan diraikan pada Ahad ini.

“Kami berharap Deepavali tahun ini akan membawa lebih banyak cahaya dan kebahagiaan kepada mereka. Walaupun sumbangan yang diberikan tidak seberapa, kami berharap ia dapat menceriakan sambutan mereka bersama keluarga. Bagi pihak MSN dan YAKEB, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali,” katanya.

Antara penerima sumbangan dalam kalangan atlet aktif ialah Kirthan Raj A/L Asaithamby, Devaosrichalam A/L Naidu dan Orson Jothi daripada sukan para taekwondo serta Jyayahmurugan Veeramurugan daripada para olahraga.

Turut menerima sumbangan ialah bekas atlet kabaddi, Rajendran A/L Ramakrishnan, yang pernah mewakili negara pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan, selain bekas atlet taekwondo, karate do, olahraga dan kriket.

Rajendran berkata, sumbangan yang diberikan oleh 100PLUS, YAKEB dan MSN membawa makna besar kepada bekas atlet yang masih dihargai walaupun sudah lama meninggalkan arena sukan kompetitif.

“Saya berbangga kerana YAKEB dan MSN masih mengingati kami sebagai bekas atlet. Mereka masih mengambil berat dan membantu kami melalui sumbangan seperti ini.

“Saya sangat gembira kerana kami tidak dilupakan walaupun sudah lama meninggalkan dunia sukan,” katanya.

Beliau turut berkongsi keterujaan menyambut Deepavali bersama keluarga, yang lazimnya diisi dengan persiapan membersihkan dan menghias rumah serta membuat persediaan untuk menyambut perayaan bersama insan tersayang.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan 100PLUS, MSN dan YAKEB dalam menghargai jasa atlet serta bekas atlet tanpa mengira latar belakang sukan, selain memastikan kebajikan dan kebajikan sosial golongan berkenaan terus diberikan perhatian.

Atlet Semasa (4 orang)
Bil.
Nama
Sukan
Pencapaian
1
Kirthan Raj A/L Asaithamby
Para Taekwondo
Pingat emas, 13th Taekwondo Malaysia National Interclub Taekwondo Championship 2026
2
Devaosrichalam A/L Naidu
Para Taekwondo
Pingat emas, Pahang International Open 2026
3
Orson Jothi
Para Taekwondo
Pingat emas, 13th Taekwondo Malaysia National Interclub Taekwondo Championship 2026
4
Jyayahmurugan Veeramurugan
Para Olahraga
Pingat perak, Para ASEAN Nakhon Ratchasima 2025; pingat gangsa, Dubai 2026 World Para Athletics Grand Prix


Bekas Atlet (6 orang)
Bil.
Nama
Sukan
Pencapaian
5
Rajendran A/L Ramakrishnan
Kabaddi
Mewakili Malaysia pada Sukan Asia 2002, Busan, Korea Selatan
6
Vasanthi A/P Utrabadi
Taekwondo
Sukan SEA 1983, Singapura
7
Chanthiran A/L K K Velu
Karate Do
Pingat emas, Sukan SEA 1989, Kuala Lumpur
8
Thambidara A/L Palanisamy
Olahraga
Pingat perak, Sukan SEA 1977, Kuala Lumpur
9
CP Ramesh A/L Sreedhara Menon
Kriket
Sukan Komanwel 1998, Kuala Lumpur
10
Thava Ranchitham
Olahraga
Sukan SEA 1971, Kuala Lumpur

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video