Skip to main content

Badminton

1000 peserta rancakkan Terbuka Remaja Bakti -- platform alternatif pencarian bakat badminton

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

badminton

Kejohanan Badminton Terbuka Remaja Bakti 2025 melabuhkan tirainya hari ini dengan kehadiran legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek, yang turun sebagai tetamu khas ketika penyampaian hadiah.

Bagi Rashid, kejohanan ini merupakan platform terbaik dalam mencari permata yang hilang memandangkan mereka mungkin tercicir daripada pandangan pencari bakat.

Advertisement

"Pemain muda mempunyai lebih banyak kejohanan untuk disertai, lebih-lebih cuti sekolah sebegini.

"Kalau tidak mereka asyik berlatih sahaja tetapi kekurangan pertandingan," kata pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1996 itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Datuk Seri Jaharberdeen Mohamed Yunoos, memuji usaha kejohanan ini dalam mengetengahkan pembangunan dengan format yang memberi peluang kepada pemain remaja merasai sendiri saingan kompetitif tinggi.

"Saya gembira dengan usaha pembangunan sukan.

"Tahniah Terbuka Remaja Bakti kerana telah menarik 1000 peserta yang merupakan satu penyertaan yang sangat besar.

"Pertandingan ini menganjurkan 24 kategori umur yang memberi pemain peluang bersaing dengan rakan sebaya.

"Ini pendekatan yang baru yang memberi kesan positif," katanya.

Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron, pula teruja apabila mengimbau nostalgia selepas melihat anak-anak muda di sini bersaing, sama seperti dirinya yang juga bermula daripada platform yang sama.

"Saya sangat gembira kerana program ini masih ada.

"Saya kembali untuk memberikan sokongan kepada program ini," katanya.

 

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video