Skip to main content

Bola Sepak

1000 hari tak tunjuk muka di Cardiff City, Vincent Tan cetus kontroversi lagi

dd

Kegagalan Tan Sri Vincent Tan untuk hadir dalam mana-mana perlawanan membabitkan Cardiff City sejak Disember 2023 kembali mencetuskan perbalahan dikalangan penyokong kelab yang berpangkalan di ibu kota Wales itu.

Vincent yang merupakan pemilik kelab sejak 2010 - kali terakhir dilihat memberikan sokongan ketika Cardiff terikat seri 2-2 menentang Plymouth pada perlawanan Boxing Day yang berlangsung sehari selepas sambutan Hari Natal pada 2023.

Kini, seribu hari telah pun berlalu - kelibat Vincent masih belum kelihatan dan ini menambah pandangan buruk terhadap taikun dari Malaysia itu yang seolah-olah lepas tangan dalam perkembangan dan hala tuju kelab tersebut.

Temubual BBC Sports dikalangan penyokong Bluebirds turut mendedahkan episod kemarahan mereka yang telah berlanjutan selama beberapa tahun - bahkan duka penyingkiran ke League One pada Mei 2025 masih lagi dirasai.

Kritikan yang dilemparkan bagaimanapun bukanlah bersifat majoriti dengan ada dikalangan penyokong dan penggiat bola sepak yang merasakan kemunculan Vincent dengan suntikan dana sejak 2010 perlu dihargai kerana berjaya memastikan kelab tersebut kekal bertahan dan melepasi waktu-waktu sukar sehinggalah sekarang.

Malah situasi itu bukanlah asing dikalangan pemilik kelab luar.

Baru-baru ini, salah seorang pemilik bersama Blackburn Rogers iaitu Balaji Rao menjadi ahli kumpulan pemilik yang pertama hadir di Edwood Park sejak 2018.

Pemilik kelab gergasi inggeris, Manchester City iaitu hartawan arab, Sheikh Mansour pula dikatakan sudah 13 tahun tidak membuat kemunculan dalam mana-mana perlawanan The Citizens.

Manakala pemilik Everton, Dan Friedkin lebih aneh kerana bukan sahaja belum pernah menghadiri perlawanan kelab di laman sendiri sejak mengambilalih pada Disember 2014 - malah tidak pernah bercakap dengan David Moyes sejak pengurus itu kembali bertugas.

Pada awal pemilikan, Vincent pernah menerima kecaman apabila menukar warna rasmi Cardiff kepada merah sebelum kembali ditukar biru yang sinonim dengan gelaran Bluebirds.

Selain Cardiff, Vincent turut memiliki pegangan saham terbesar bagi kelab dari liga utama Bosnia, FK Sarajevo dan KV Kortrijk dari liga pro Belgium.

Vincent turut disenaraikan sebagai pemilik bersama bagi kelab dari liga utama di Amerika Syarikat, Los Angeles FC.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement