Skip to main content

Tenis

Zverev: Semua pemain mahu Federer sebagai jurulatih

25917zverevfederer.jpg
Alexander Zverev tidak meragui bahawa setiap pemain tenis mahu Roger Federer sebagai jurulatih tetapi tidak mengetahui mengenai masa depan pemenang grand slam 19 kali itu.

Zverev merupakan antara prospek yang menyerlah dalam tenis lelaki dan telah memenangi dua gelaran ATP Masters 1000 tahun ini, melonjakkan kedudukannya sebagai pemain nombor empat di dunia.

Dia telah bergandingan dengan Federer, yang terpaksa berehat kerana masalah kecederaan bagi musim 2016 untuk meraih dua gelaran grand slam pada 2017, dalam pasukan Eropah bagi saingan Piala Laver di O2 Arena, Republik Czech.

Pemain berusia 36 tahun itu telah menawarkan sokongan kepada rakan sepasukannya ketika beraksi dan memastikan kemenangan edisi pertama memihak kepada pasukan Eropah selepas menewaskan Nick Kyrgios dalam perlawanan akhir.

Zverev yakin Federer tidak akan ketandusan tawaran kerja jika dia memilih untuk beralih ke bidang kejurulatihan selepas menamatkan kariernya.

"Saya berasakan dia memiliki keinginan untuk menjadi jurulatih, hampir semua pemain akan menerimanya dengan tangan terbuka.

"Tetapi saya tidak pasti sama ada dia akan menjadi jurulatih selepas kariernya berakhir."

Advertisement

Must Watch Video