Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, bersyukur dengan kebangkitan Hakim Danish yang mempamerkan saingan luar biasa di RedBull MotoGP Rookies Cup 2025.
Malah, dia tidak berasa gusar dengan keupayaan Danish yang kini semakin matang dan bijak mengambil peluang untuk berada dalam senarai kelompok hadapan.
Zulfahmi juga berhasrat mengekalkan Danish di Eropah untuk mempamerkan konsistensi dan lebih fokus dalam tunggangannya.
Bekas pelumba Moto2 negara itu turut berharap Danish terus memperagakan saingan menggagumkan untuk mengekalkan saingan pada kedudukan podium pada pusingan seterusnya nanti.
"Hakim Danish sudah lebih matang tahun ini dalam mengawal perlumbaan dia, latihan yang sangat baik. Saya percaya dia akan terus berada di kelompok hadapan dan bersaing dengan pesaing terdekat.
"Saya tidak risau dengan prestasi dia dan dia hanya perlu jaga kesihatan, tiada kecederaan. Dan bersaing hingga penghujung, saya akan cuba kekalkan dia di Eropah kerana dia sana dia lebih fokus." katanya.