Skip to main content

Sukan Lain

Zhuliang tuntut janji MSN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zhuliang.jpg
Bekas ketua jurulatih skuad terjun negara, Yang Zhuliang, memberi amaran kepada Majlis Sukan Negara (MSN) agar menyelesaikan tunggakan skim hadiah kemenangan sukan (SHAKAM) kepadanya hasil kejayaan Cheong Jun Hoong muncul juara dunia, tahun lalu.

Ketika ini, Zhuliang masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas ditamatkan kontrak atas dakwaan mewujudkan suasana ketakutan dalam kem kebangsaan, Disember lalu, sekali gus menyaksikan selama enam bulan, dia menampung hidup menggunakan wang simpanan.

Bagaimanapun, pengendali kelahiran China itu masih menunggu imbuhan SHAKAM selepas membimbing Jun Hoong muncul juara dunia acara 10 meter individu platform, selain gangsa 10m platform terjun seirama menerusi Jun Hoong dan Pandelela Rinong dalam Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu.

"Kejohanan Dunia itu telah berlalu setahun tetapi kami masih belum menerima sebarang wang. Saya sudah bertanya tentangnya tetapi masih belum ada jawapan. Mungkin mereka terlalu sibuk. 

"Saya dimaklumkan jurulatih boleh menerima 20 peratus daripada jumlah keseluruhan hadiah kemenangan. Saya bukan sesiapa, mungkin khidmat peguam diperlukan," katanya.

Zhuliang tidak menafikan dirinya masih kecewa selepas ditamatkan kontrak secara terburu-buru atas dakwaan dia mewujudkan suasana ketakutan dalam kem kebangsaan setelah penolong jurulatih, Huang Qiang, dituduh melakukan jenayah seksual terhadap seorang penerjun sebelum didapati tidak bersalah.
 

Advertisement

Must Watch Video