MOTOGP
Zarco akan berpindah ke KTM pada 2019
Johann Zarco telah bersetuju untuk menyertai KTM musim depan dengan menandatangani kontrak selama dua tahun bersama pasukan MotoGP itu.
Penunggang kelahiran Perancis itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke KTM dan bakal bergandingan dengan Pol Espargaro bagi musim 2019 dan menggantikan Bradley Smith.
Zarco, yang bersama pasukan Tech3 Yamaha, merupakan salah seorang bintang yang baru meningkat dalam saingan MotoGP selepas meraih anugerah Pelumba Baru Terbaik, tahun lalu.
Iklan
Kejayaan MotoGP masih lagi jauh buatnya walaupun kini telah meraih kemenangan dalam empat perlumbaan setakat ini.
"Kami mengambil satu langkah baru dalam saingan MotoGP," kata Pengarah Sukan Permotoran KTM, Pit Beirer.
"Dalam tempoh dua tahun pertama, kami berusaha untuk menrencanakan program untuk pasukan ini.
"Anda memerlukan penunggang jentera yang terbaik dan Zarco dilihat sebagai calon terbaik untuk meningkatkan pasukan ini.
"Saya yakin kami mampu mencapai tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang," ujarnya.
Must-Watch Video