MPL MY

Zahid Hamidi umum berita gembira buat komuniti E-Sukan

Azreena Faizal 02/06/2024 | 14:52 MYT
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, mengumumkan berita gembira buat komuniti dan ekosistem E-Sukan negara.
Dalam perlawanan akhir MPLMY S13 melibatkan Selangor Red Giants (SRG) dan Homebois sebentar tadi dia mengumumkan bahawa sumbangan besar akan diberikan untuk memajukan E-Sukan.
Zahid mendedahkan bahawa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, kerap mengadakan perbincangan dengannya mengenai cara-cara untuk mempromosikan E-Sukan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kejohanan dunia akan diadakan hujung tahun ini, jadi pihak kerajaan akan memberikan sumbangan agar lebih banyak tokoh tempatan dapat kita ketengahkan di peringkat antarabangsa," katanya.
Pengumuman ini bukan sahaja membawa sinar harapan kepada pemain dan peminat E-Sukan, tetapi juga menandakan komitmen serius kerajaan dalam mengangkat industri ini ke tahap yang lebih tinggi.
Sokongan berterusan ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai pemain E-Sukan bertaraf dunia dan mengukuhkan lagi nama Malaysia di persada antarabangsa.
#mplmy #B6NGKIT #INIGAYAKITA #M6LAYSIA #MLBBESPORT #MPL
;