Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, berharap lebih banyak negeri mengikuti jejak Sarawak dalam membina stadium khusus buat e-sukan.
Zahid menjelaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk e-sukan telah ditubuhkan di Sarawak yang tidak terhad kepada permainan semata-mata apabila turut memuji penciptaan kandungan untuk e-sukan.
"Saya berasakan bahawa sukan ini harus digalakkan lebih banyak lagi bukan hanya di gelanggang tertutup, dan pada masa hadapan 'content creator' akan memberikan keberhasilan yang lebih banyak dalam industri ini.
"Saya fikir Johor tercabar sebab Sarawak telah memulakan," katanya bersempena Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14 2024 di Arena Larkin, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam pembentangan Belanjawan pada 18 Oktober lalu memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk e-sukan dan RM10j daripada akan digunakan untuk membangunkan stadium e-sukan.
Shaiful Shamsudin
Sun Nov 03 2024