Jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Mohd Yusof Abdul Nasir, terpaksa mengambil risiko dengan menyenaraikan Sofian Nabil Omar Bakri dalam skuad Le Tour de Langkawi (LTdL) yang akan bermula bulan depan walaupun pelumba kelahiran Terengganu itu masih mempunyai kontrak dengan pasukan Forca Amskins Racing (FAR).
Yusof tidak mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan pelumba terbaik.
Dia sudah memilih lima pelumba muda dalam senarai awal, termasuk Sofian Nabil yang masih mempunyai kontrak dengan FAR.
Pasukan bertaraf benua itu berdepan masalah penajaan untuk menyertai perlumbaan dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), namun jika keajaiban berlaku, Sofian Nabil perlu mewakili FAR dalam LTdL 2019.
"Jika FAR mengemukakan rayuan, dia mungkin perlu mewakili pasukan itu.
"Namun, saya menjangkakan pasukan itu tidak akan dapat menyertai LTdL jika kejohanan itu berlangsung mengikut jadual yang ditetapkan.
"Saya mungkin sempat menggunakan khidmat Sofian Nabil dalam LTdL kali ini.
"Pengalaman yang dimilikinya amat berguna untuk membimbing pelumba-pelumba muda yang lain.
"Dia mungkin akan menggalas tugas sebagai ketua pasukan," kata Yusof.
Setakat ini, tiga pasukan tempatan akan menyertai LTdL 2019, iaitu skuad kebangsaan, Terengganu Cycling Team (TSG) dan Team Sapura Cycling (TSC).
Yusof akan mengadakan sesi pemilihan kedua Jumaat ini untuk memuktamadkan senarai lapan pelumba kebangsaan dalam LTdL 2019.
"Kami masih mempunyai beberapa pelumba muda yang boleh digilap dalam LTdL tahun ini
"Kami berharap pelumba-pelumba muda yang tidak terpilih untuk mewakili pasukan jelajah akan berkayuh untuk pasukan negara," tambahnya.