Kem Olahraga Kebangsaan menerima suntikan semangat dari jaguh Cuba, Yunaika Crawford, untuk mengenalpasti bakat terpendam yang dimiliki atlet pelapis tukul besi negara.
Sebagai langkah awal, pemenang gangsa olimpik tukul besi 2004 Athens, Yunaika akan mengetuai dua sesi klinik yang akan diadakan di Pahang minggu depan.
Bagaimanapun, keberadaan Yunaika akan dipantau oleh Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia, Robert Ballard, dari masa ke semasa untuk mempertimbangkan tentang kewajaran jurulatih itu untuk membimbing atlet tukul besi negara.
"Perlu berdisiplin dan patuh arahan jurulatih.
"Atlet perlu gigih berlatih dari Isnin hingga Sabtu, dengan pendekatan ini mampu menang (medal) Sukan Olimpik." katanya.
Sementara itu, Jorge Luis Alfaro, dilantik sebagai jurulatih lompat tinggi dengan memegang rekod 2.28 meter ketika bergelar atlet serta merupakan juara benua Amerika Tengah pada 1979 dan 1983 dahulu.