Yuki Tsunoda kini menyasarkan kedudukan podium dalam pelumbaan pusingan ketiga Formula 1 yang berlangsung di laman Tsunoda sendiri selepas langkah 'tidak masuk akal' pasukan Red Bull untuk menggantikan Liam Lawson bagi baki saingan musim ini.
Pelumba 24 tahun itu akan berlumba bersama juara dunia empat kali, Max Verstappen, bermula di Grand Prix Jepun, yang akan berlangsung di Litar Suzuka, selepas Red Bull membuat keputusan untuk menghentikan Lawson susulan prestasi mengecewakan selepas hanya dua perlumbaan musim ini.
Dalam pada itu, Tsunoda berkata ia bagaikan mimpi dapat berlumba untuk salah satu pasukan berprestij dan optimis untuk mempamerkan 'instant impact' di hadapan peminatnya di Suzuka hujung minggu ini.
'"aya tidak mahu berharap terlalu tinggi, namun saya mahu meraih kedudukan podium di Grand Prix Jepun," kata Tsunoda
Untuk info, Lawson kini diturunkan ke pasukan junior selepas pelumba kelahiran New Zealand itu gagal meraih sebarang mata musim ini.
Tsunoda tidak menjangka akan berlumba untuk pasukan Red Bull di tanah airnya dan menggesa peminat di Jepun untuk kekal memberi sokongan di Suzuka untuk penampilan pertamanya bersama Red Bull.
"Ia juga merupakan debut saya, jadi dengan semua perkara yang berlaku, saya rasa minggu ini akan menjadi perlumbaan yang sangat mendebarkan," tambahnya.