BERBASIKAL
YSD: Pelantikan Adiq Husainie bukti cita-cita negara tingkat kualiti pelumba berbasikal trek endurance
Jurulatih berbasikal remaja kebangsaan endurance, Adiq Husainie Othman, bersedia merangka strategi dan pelan jangka masa panjang bagi menaikkan prestasi pelumba kategori endurance untuk berada seiring dengan pelumba kategori pecut bermula tahun ini.
Adiq Husainie mengambil alih tugasan tersebut daripada bekas jurulatih berbasikal remaja endurance kebangsaan, Akmal Amrun dan Zamani Mustarudin, yang memegang portfolio itu lebih sedekad sebelum ini.
Sementara itu, jurulatih Program bakat sukan berbasikal Wilayah Persekutuan, Nuraznisya Alin, pula mengesahkan dua butir permata, Intan Nur Umaira Diana dan Difa Irdina Fazallah, dijangka bakal diserap ke skuad pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), bulan depan.
Must-Watch Video