BERBASIKAL
YSD Track Series: Shah Firdaus harap sakit belakang sembuh sebelum ke Ballerup
Pelumba sensasi negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, mengakui berdepan masalah sakit belakang sejak tiga hari lalu, sekali gus memberi tekanan kepadanya untuk mempamerkan prestasi terbaik menjelang Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Ballerup, Denmark, pada 16 hingga 20 Oktober 2024.
Pun begitu, Olimpian negara itu menepati ramalan dengan mengungguli kategori pecut dalam Kejohanan YSD Track Series 11 di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan.
"Kalau daripada skala 10, saya boleh katakan dalam tujuh atau lapan.
Iklan
"Isu sakit itu menjadi masalah apabila saya sedang menunggang basikal dan boleh memberi kesan kepada kayuhan.
"Saya perlu menguruskan kondisi badan saya dengan lebih baik tanpa perlu berkerah sepenuhnya.
"Saya berharap sebelum bertanding di kejohanan tersebut, sakit saya kembali pulih," katanya kepada Nadi Weekend.
Dalam pada itu, The Pocket Rocketwoman, Nurul Izzah Izzati, pula sedang berusaha keras meningkatkan aspek kelajuan menjelang penganjuran berprestij itu.
Izzah juga berjaya menjuarai acara pecut dan endurance wanita dalam perlumbaan akhir di Nilai, hari ini.
"Saya memang fokuskan latihan kepada pecutan sahaja dan sedang mencari kelajuan yang sebenar," ulasnya.
Must-Watch Video