BERBASIKAL

YSD Track Series: Persaingan sihat Nurul Izzah tingkatkan kemampuan pelumba berbasikal trek wanita negara -- Anis Amira

Ammar Hakim 21/09/2024 | 11:24 MYT
Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Anis Amira Rosidi, enggan rasa tercabar dengan kredibiliti dimiliki The pocketrocket woman, Nurul Izzah Izzati yang akan bersama-sama menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Denmark 16 Oktober ini.
Sebaliknya, anis percaya ia persaingan sihat untuk sentiasa menampilkan pacuan terbaik serta memastikan Malaysia memiliki banyak pelumba yang berprestasi membanggakan di peringkat antarabangsa.
Anis turut menamatkan saingan di tempat kedua kategori elite sprint, elite endurance dan bawah 19 tahun wanita di YSD Track Series yang kini berlangsung di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan.
Sementara itu, pelumba pelapis berbasikal trek kebangsaan, Nur Alyssa Mohd Farid, memasang impian untuk tersenarai dalam barisan utama pelumba elit yang akan beraksi pada kejohanan dunia edisi 2025.
Alyssa turut menegaskan minatnya kini lebih terarah pada kategori keirin berbanding sprint yang menjadi dambaannya sebelum ini, dan sudah bersedia naik 'gear' lima' untuk berdiri sebaris bersama pelumba-pelumba elit wanita lain.
#Berbasikal trek #YSD Track Series #Anis Amira #Nurul Izzah
;