Menjelang kejohanan berbasikal YSD Track Series di Velodrom Nasional Nilai hujung minggu ini, pelumba endurance Perak, Nyo Ci Hui, bertekad untuk menyumbangkan mata buat pasukannya dalam acara endurance elit.

Menjelang siri kelapan, kesembilan dan ke-10 itu, Ci Hui, yang merupakan juara kategori ujian masa wanita Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak lalu, berasakan dirinya lebih cemerlang dalam perlumbaan jarak jauh.

"Untuk siri kelapan, sembilan dan 10 ini, saya akan menyertai acara pecut dan endurance kerana tidak ramai peserta" katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.

"Saya akan fokus kepada acara endurance untuk mendapatkan mata tambahan bagi membantu saya ke pusingan seterusnya.

"Saya mahu memperbaiki usaha saya ketika berlumba, saya tidak boleh menunggu dan perlu berlumba sepertimana saya berlumba di luar sana untuk membawa saya ke peringkat lebih tinggi."