Pelumba berbasikal muda negara, Nur Allysha Saifulnizam, muncul juara bagi kategori bawah 17 tahun (B-17) dalam acara keirin YSD Track Series Grand Final di Nilai.
Allysha mudah menidakkan kemampuan pencabar seperti Intan Nur Umaira dan Nurul Aqilah Mohd Fitri.
Kejayaan itu merupakan tonik terbaik buatnya bagi menampilkan aksi terbaik menjelang musim depan.
Kini, fokus utamanya teralih untuk mempersiapkan diri menghadapi Kejohanan Trek Asia (ACC) yang akan berlangsung di venue yang sama, Februari depan.
"Saya sangat penat sebab baru selesai kem di Johor selama empat hari berturut-turut dan hari ini merupakan hari kelima.
"Saya juga berbangga kerana konsisten dengan persembahan diri sendiri.
"Selepas ini, saya akan meneruskan latihan bersama skuad senior bagi persiapan ke ACC," katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Najmi Iman
Sat Dec 21 2024