Pasangan adik-beradik, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan Sahrom bakal menjadi halangan terbesar buat Muhammad Fadhil Mohammad Zonis untuk menaiki podium YSD Track Series Grand Final yang akan berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai, esok.

Pemenang pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 itu turut berharap agar tuah memihaknya untuk sekurang-kurangnya meraih podium dalam salah satu acara sama ada keirin atau pecut.

"Saya tidak boleh mengambil mudah kerana Shah dan Ridwan selain pelumba muda juga turut menjadi pencabar.




"Sasaran saya cuba memenangi aksi esok dalam acara pecut dan keirin," katanya di Nadi Arena.