Pelumba berbasikal muda negara, Anson Lai, mengulangi pencapaian ketika siri terdahulu apabila bergelar juara bagi kategori bawah 17 tahun (B-17) dalam acara keirin YSD Track Series Grand Final di Nilai.

Anson berjaya mengejutkan pelumba yang turut merupakan pilihan dari Perak, Muhammad Eirzam Eidham, dalam perlumbaan terakhir kategori tersebut.

"Saya akan bekerja lebih keras dan memanfaatkan masa berehat secukupnya. Saya sangat gembira dapat memenangi perlumbaan ini.




"Saya perlu membuktikan kesungguhan supaya dapat menepati standard bersama skuad senior untuk menewaskan mereka," katanya di Nadi Weekend.