BERBASIKAL

Yakeb, PKBM rangka bantuan buat Salina Yussof

Shaiful Shamsudin 16/03/2024 | 12:37 MYT
Bantuan keprihatinan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bakal dihulur kepada pemenang pingat emas Sukan SEA 1985, Salina Yussof, yang kini terlantar di satu rumah jagaan warga emas di Seremban setelah disahkan menghidapi kanser usus tahap empat.
Presiden PKBM, Mazlan Md Jalil, yang turut disertai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), bagaimanapun telah merangka jenis-jenis bantuan yang boleh diberi kepada Salina selain bakal membuat lawatan untuk melihat keadaannya.
"Sekiranya ada bekas pelumba yang menghadapi masalah, (sila) beritahu PKBM.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami akan isytihar caranya. Mereka pernah berjasa untuk sukan berbasikal," katanya di Nadi Weekend.
#Berbasikal #PKBM #Salina Yussof
;