BERBASIKAL
Yakeb, PKBM rangka bantuan buat Salina Yussof
Bantuan keprihatinan daripada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) bakal dihulur kepada pemenang pingat emas Sukan SEA 1985, Salina Yussof, yang kini terlantar di satu rumah jagaan warga emas di Seremban setelah disahkan menghidapi kanser usus tahap empat.
Presiden PKBM, Mazlan Md Jalil, yang turut disertai Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb), bagaimanapun telah merangka jenis-jenis bantuan yang boleh diberi kepada Salina selain bakal membuat lawatan untuk melihat keadaannya.
"Sekiranya ada bekas pelumba yang menghadapi masalah, (sila) beritahu PKBM.
Iklan
Presiden PKBM, Mazlan Md Jail bakal memulakan langkah mengatur pertemuan bagi usaha keprihatinan terhadap bekas atlit berbasikal, Salina Yussof.@ASTROARENA pic.twitter.com/6IISV1hLHU— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) March 16, 2024
"Kami akan isytihar caranya. Mereka pernah berjasa untuk sukan berbasikal," katanya di Nadi Weekend.
Must-Watch Video