Skip to main content

Sukan Lain

YAKEB perkukuh kebajikan bekas atlet menerusi Program Turun Padang Sabah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

yakeb.jpg
Pemenang pingat emas acara angkat berat 62 kilogram di temasya Sukan Komanwel 2010, Arrico Jumith, antara bekas atlet kebangsaan yang mendapat sumbangan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menerusi Skim Bantuan Khas Yakeb. 

Selain itu, bekas atlet para olahraga, Dominic Karim, menerima sumbangan bantuan peralatan sokongan kesihatan, sementara waris mendiang atlet karate, Sirril Christopher, turut menerima sumbangan khairat kematian daripada Pengerusi Yakeb, Datuk Shapawi Ismail.

Program turun padang di Sabah yang berlangsung hari ini turut dihadiri lebih 100 bekas atlet kebangsaan di Kota Kinabalu, seiring dengan mandat Yakeb untuk terus komited dalam memperkasakan agenda kebajikan dan kesejahteraan bekas atlet negara. 


"Seiring dengan mandatnya, YAKEB turut memperkukuh Skim Bantuan Khas YAKEB bagi memberi manfaat lebih besar kepada ahli. Pada majlis ini, Datuk Ahmad Shapawi telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa bekas atlet dan waris mereka, antaranya:
  • Waris mendiang Cyril Christopher (Karate) – menerima sumbangan khairat kematian.
  • Aricco Jumith (Angkat Berat) – menerima sumbangan bantuan sara diri.
  • Dominic Karim (Olahraga Para).

Advertisement

Must Watch Video